Life In Sabah
Everything you need to know about living in Sabah, delivered to your inbox every Tuesday morning. Sabah Weekly is the must-have companion for all English/Dusun-speakers in Sabah.
Friday, 30 June 2017
SABAH-LAND BELOW THE WIND
Sabah is one of the two Malaysian states on the island of Borneo. It is situated in northern Borneo, bordering the state of Sarawak to the southwest, Kalimantan of Indonesia to the south, while separated by sea from the Federal Territory of Labuan.
Sabah shares maritime borders with Vietnam in the west and the Philippines to the north and east. Kota Kinabalu or KK is the capital city, the economic centre of the state and the seat of the Sabah State Government. As of the 2015 census in Malaysia, the state's population is 3,543,500. Sabah has a tropical rainforests and abundant animal and plant species.
The state has long mountain ranges on the west side which form part of the Crocker Range National Park, Kinabatangan River, second longest river in Malaysia runs through Sabah and Mount Kinabalu is the highest point of Sabah as well as of Malaysia.
Sabah is known for its traditional musical instrument, the sompoton.
The Sabah International Folklore Festival is the main folklore event in Malaysia, other festivals including the Borneo Bird Festival, Borneo Bug Fest, Borneo Eco Film Festival, Kota Kinabalu Food Fest, Kota Kinabalu Jazz Festival, Sabah Dragon Boat Festival, Sabah Fest and Sabah Sunset Music Festival. Sabah is the only state in Malaysia to celebrate the Kaamatan festival.
'Borneo Ant House' Tarikan terbaru di Sabah
'Borneo Ant House' bakal jadi tarikan baharu Sabah
30th June, 2017 TUARAN: Borneo Ant House, galeri bawah tanah seumpamanya di Malaysia bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di Sabah apabila mula menerima kehadiran pengunjung mulai 1 Julai ini.Galeri berkonsepkan rumah semut yang dilancarkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun itu terletak di Kampung Kindu, Lebuhraya Tuaran-Tenghilan, di sini, kira-kira 41 kilometer dari Bandar raya Kota Kinabalu.
Pengarah Eksekutif Borneo Ant House Sufiah Abd Rahim Lee berkata konsep dan idea galeri merangkap taman tema itu diilhamkan oleh suaminya Tarmizi Sandhu beberapa tahun lalu sebelum mengambil langkah seterusnya kerana melihat ada potensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan.
Beliau yang juga seorang pesara guru berkata projek itu diusahakan bersama anggota keluarganya pada 2015 di atas tanah seluas 1.2 hektar dengan kos perbelanjaan kira-kira RM700,000.
“Selepas dua tahun, galeri dan taman tema ini siap dibina. Tidak hanya untuk menarik pengunjung beriadah serta memanfaatkan kualiti masa bersama keluarga, Borneo Ant House ini juga adalah platform untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran galeri tersebut.
Terdahulu, ketika berucap, Masidi turut memuji kesungguhan dan keberanian keluarga Sufiah untuk melabur bagi mewujudkan produk pelancongan di Sabah yang sememangnya mempunyai masa depan cerah memandangkan negeri ini adalah lubuk pelancongan.
“Inovasi dan kreativiti adalah dua elemen yang amat diperlukan dalam industri pelancongan. Produk pelancongan itu juga mesti mempunyai tarikan tersendiri yang dapat menarik pengunjung. Jika kita (Sabah) mempunyai lebih banyak produk pelancongan, maka akan lebih ramai pengunjung datang,” katanya.
Galeri tersebut dibahagikan kepada tiga bilik yang mempamerkan keindahan serta keunikan Borneo merangkumi bilik pameran semut dengan 463 replika semut, warisan budaya dan pedang.
Sebelum memasuki galeri berkenaan, pengunjung terlebih dahulu akan disambut oleh replika semut gergasi di pintu masuk galeri seterusnya menyuntik keterujaan pengunjung apabila meneroka bilik pertama galeri itu yang penuh dengan replika semut di dinding.
Selain itu, ia turut mempunyai taman tema dengan menerapkan keindahan alam semula jadi di persekitarannya serta rumah pokok moden dan laluan pejalan kaki jambatan gantung disediakan untuk pengunjung berjalan sambil menikmati udara nyaman selain dilengkapi kafeteria.
Bagi mereka yang berminat, harga tiket masuk ke Borneo Ant House untuk rakyat Malaysia ialah RM9 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM19 (dewasa); manakala bagi pengunjung antarabangsa pula RM18 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM36 bagi dewasa.-Bernama
"Sumber - New Sabah Times/30.06.2017"
JADUAL TAMU DI SELURUH SABAH
Jadual Tamu Yang wajar dikunjungi di Sabah
Berikut adalah jadual tamu di seluruh Sabah.
Sipitang – Rabu & Khamis
Sindumin – Sabtu
Beaufort – Sabtu
Keningau– Khamis

Tamu Gaya Street
Tamu Jalan Gaya – Ahad
Kg. Air – Ahad
Tanjung Aru – Sabtu
Penampang Donggongon:
Tamu Donggongon – Rabu & Khamis
Inanam:
Pekan – Setiap 10 hari
Giant Kolombong – Sabtu dan ahad ( 9.00am-3.00pm )
Manggatal – Setiap 10 Hari
Telipok – Khamis
Tuaran:
Pekan Tuaran – Ahad
Tamparuli – Rabu
Kiulu – Selasa
Kota Belud –Ahad

Tamu Besar KB
Pekan KM- Sabtu & Ahad
Goshen- Khamis
Nabalu (Simpangan) – Khamis
Kudat:
Pekan Kudat – Selasa & Rabu
Matunggong Lama – Sabtu
Matunggong Baru – Khamis
Sikuati – Ahad
Membakut – Rabu & Ahad
Papar – Ahad
Kinarut – Sabtu
Lok Kawi Sabindo – Sabtu
Bongawan – Sabtu
Tenom – Ahad
Weston – Jumaat
Tawau (Bandar) – Ahad
Sandakan:
Bandar Sandakan – Ahad
Gomantong Jaya – Ahad
Tuaran –Ahad

Tamu Tuaran
Pekan Kundasang – Jumaat
Pekan Ranau (Tamu Minggu) – Sabtu
Pekan Ranau (Tamu Malam) – Hujung bulan
Tamu Besar – Hari Sabtu minggu pertama
Pekan Ranau (Tamu Bulan) – Setiap 1hb
Telupid – Sabtu & Ahad
Tambunan – Petang Rabu dan Siang Khamis

Tamu Ground Keningau
Tamu Ground – Ahad
Bingkor – Khamis
Apin-Apin – Sabtu
Nabawan – Rabu & Sabtu
Menumbok – Ahad pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)
SABAH-LAND BELOW THE WIND
Sabah is one of the two Malaysian states on the island of Borneo. It is situated in northern Borneo, bordering the state of Sarawak to t...

-
Jadual Tamu Yang wajar dikunjungi di Sabah Berikut adalah jadual tamu di seluruh Sabah. Sipitang – Rabu & Khamis Sindumin –...
-
Sabah is one of the two Malaysian states on the island of Borneo. It is situated in northern Borneo, bordering the state of Sarawak to t...
-
'Borneo Ant House' bakal jadi tarikan baharu Sabah 30th June, 2017 TUA...